02 December 2010

Mood Hujung Tahun

gambar hiasan semata-mata

Assalamualaikum...


Bila sampai hujung tahun, rasa bermalas-malasan semakin membuak-buak.....terutamanya bagi saya. Apa nak dikejarkan. Dengar2 kata kompeni tak allocate bonus tahun ni. Eventhough kutipan sampai puluh2 billion, tapi semua duit kena bagi kat orang lain (very-very sad). Unlike KWSP, PNB & other GLC's they were allowed to invest duit diorang kat mana2 yang diorang suka & hujung tahun they never missed bagi bonus. Rezeki masing-masing.

Sekarang dah masuk Disember. Apa hajat saya yang tak tercapai lagi? Rasa-rasanya takde cos........saya tak pernah buat resolution bila tiba awal tahun. For me, hidup diteruskan dari hari ke hari. Orang putih cakap ' take it day by day'. Tapi itu senang dipratikkan time bujang kot. Bila dah ada isteri & anak2, mau tak mau kita kena plan untuk masa hadapan. Terutamanya untuk anak.

So......apa plan saya tahun depan?

Yang pasti cukupkan simpanan ASB sehingga tahap maksimum.Sampai last year ASB tak pernah capai 6 angka. Alhamdulillah tahun ini dah tercapai & hopefully boleh maksimumkan next year.

Plan yang ke 2. Settlekan hutang kawin. Sebenarnya saya bernasib baik juga tak meminjam dari bank sewaktu hendak kawin. Kalau tidak, sampai sekarang pun belum tentu habis membayar faedahnya sahaja. Thanks a million to my mother.....(oh ye, jgn tanya saya pinjam berapa)
Plan yang ke3 & seterusnya....seperti kawan saya pernah berkata kepada saya "biarlah rahsia"

Salam...








1 org nak komen:

Anonymous said...

Pretty nice post. Aku hanya tersandung pada blog Anda dan ingin mengatakan bahwa saya telah benar-benar menikmati browsing posting blog Anda. Dalam hal apapun saya akan berlangganan feed Anda dan saya harap Anda menulis lagi segera!