Pagi semalam pelik jugak nampak ramai orang kat tepi jalan menghala ke Masjid Wilayah. Nak kata ada eksiden, tak nampak pulak kereta @ motor yang terbalik ke, kemek ke. Ni gambar aku snap dari ofis.
Aku pun dengan perasaan ingin tahu (+ rasa bosan gile duk kat ofis ni pegi menyibuk kat bawah). Rupa-rupanya ada mayat orang kena bunuh yang dijumpai oleh pekerja TNB dalam longkang depan ofis aku ni.
-lubang yang tempat mayat dijumpai-
-pekerja TNB di sebelah kanan gambar (orang cakap diorang yang jumpa)-
-Bomba dengan peralatannya-
-Ntah apa nama alat ni, tapi itula yang digunakan untuk menaikkan mayat-
-Tali diikat pada 'winch' kereta bomba-
-mayat dinaikkan-
-yang pakai vest polis tu, abang cameraman polis-
-mayat yang telah dinaikkan-
-Geng-geng CSI pun ada. Tak nampak pulak Horatio Caine-
-plastik dibuka untuk pengecaman-
-plastik diikat untuk menghantar mayat ke Hospital Kuala Lumpur-
Actually banyak lagi gambar aku snap, tapi nak upload punya la seksa.
Apa-apa pun, aku tabik dengan semua yang terlibat terutamanya Bomba. Sanggup diorang turun ke dalam longkang yang dipenuhi air tu untuk menaikkan mayat.
Dari apa yang aku dengar-dengar mayat tresebut dipercayai lelaki, berkulit cerah.
p.s: tunggu berita TV3 tak keluar pun beritanya. Hampeh, rupa-rupanya keluar NTV7
0 org nak komen:
Post a Comment