10 December 2010

Modal RM500, untung RM140,000

Salam.....

Mesti semua ingat ini entry pasal MLM.hahahahahahahahaha

Sebenarnya saya nak cerita, kawan saya baru saja menjual rumah yang di belinya pada tahun lepas. Area dekat Setia Alam. Kalau siapa-siapa tahu, kawasan tu dimajukan oleh SP Setia. Salah satu pemaju yang mempunyai good track record & pernah memenangi berbagai-bagai anugerah berkaitan pembinaan ni. Even di Putrajaya pun ada projek mereka, terutamanya di Presint 15. Rumah kawan saya ini 2 tingkat & freehold pulak tu. Bila dia mention last month dia nak jual rumah tu, saja-saja la saya tanya berapa dia beli rumah tu? Dalam RM250,000.00 jugak dia bagitau.

Click To Enlarge
map to Setia Alam from.....anywhere

Tapi saya tak lah interested sangat sebab saya tak familiar kawasan tu, lagipun isteri saya bekerja di Putrajaya & saya di K.L. Kami suami isteri sudah menetapkan antara ciri terpenting rumah kami, mestilah dekat dengan tempat kerja salah seorang dari kami. Lokasi yang terbaik Kuala Lumpur, Putrajaya, Bangi.

Cerita kawan saya membeli rumah ni lebih kurang sama dengan cerita saya membeli rumah saya sekarang ini. Pergi showhouse, dengar2 sikit penerangan terus bayar deposit. Yang bestnya, tidak seperti saya, kawan saya hanya mengeluarkan deposit (@ booking?) sebanyak rm500 sahaja dan selebihnya memohon dari Bahagian Pinjaman Perumahan.

rumah kawan saya (anak panah, berhadapan sekolah)

Sungguh tak sangka, tak sampai 1 tahun harga rumah beliau telah naik sampai RM390,000. Jadi orang kaya baru lah kawan saya itu.

Tapi isi yang paling penting saya nak mention dalam post ini ialah..............minggu depan dia nak support saya lunch.....alhamdulillah.hehehehehehehe

ps: tambah 1 lagi azam tahun 2011. Hartanah


0 org nak komen: