26 December 2010

Akhirnya aku pengedar Emas








Salam,

Untuk makluman, mulai ahad 26/12/2010 secara rasminya saya menjadi pengedar emas & perak Public Fine Gold International Sdn. Bhd

CARA MEMILIKI EMAS PUBLIC GOLD DARI SAYA

1) Pilih produk:

a.Jongkong Emas: 20gram , 50gram , 100gram & 250gram

b.Dinar Emas: 1 dinar , 5 dinar & 10 dinar

c.Jongkong Perak: 250gram, 500gram & 1kg


2) Semak harga semasa "We Sell" (dikemaskini setiap 20 minit)
www.publicgold.com.my ( untuk Jongkong Emas & Perak )
www.publicdinar.com ( untuk Dinar )
SMS ke 32828, taip "public gold" atau "public dinar"

3) Telefon/SMS 012-3206073 untuk lock harga.
     contoh "Saya nak lock 1 dinar pada RM652 ( 26/12/2010 ) jam 10.00pagi"

4) Masukkan jumlah wang anda ke dalam akaun kami secara online/kaunter/mesin deposit tunai. Sila simpan resit sebagai bukti. Deposit 50% dikenakan untuk pembelian melebihi RM5000.00. [Caj 5% untuk pembatalan pembelian]

5) Tetapkan tempat dan waktu untuk bertemu dan kami akan menghantar pesanan anda.

6) Untuk menjual semula, ikuti langkah di atas dan semak harga "We Buy".

22 December 2010

ASB 7.5sen seunit..

KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 7.5 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010...


sumber: Kosmo

10 December 2010

Modal RM500, untung RM140,000

Salam.....

Mesti semua ingat ini entry pasal MLM.hahahahahahahahaha

Sebenarnya saya nak cerita, kawan saya baru saja menjual rumah yang di belinya pada tahun lepas. Area dekat Setia Alam. Kalau siapa-siapa tahu, kawasan tu dimajukan oleh SP Setia. Salah satu pemaju yang mempunyai good track record & pernah memenangi berbagai-bagai anugerah berkaitan pembinaan ni. Even di Putrajaya pun ada projek mereka, terutamanya di Presint 15. Rumah kawan saya ini 2 tingkat & freehold pulak tu. Bila dia mention last month dia nak jual rumah tu, saja-saja la saya tanya berapa dia beli rumah tu? Dalam RM250,000.00 jugak dia bagitau.

Click To Enlarge
map to Setia Alam from.....anywhere

Tapi saya tak lah interested sangat sebab saya tak familiar kawasan tu, lagipun isteri saya bekerja di Putrajaya & saya di K.L. Kami suami isteri sudah menetapkan antara ciri terpenting rumah kami, mestilah dekat dengan tempat kerja salah seorang dari kami. Lokasi yang terbaik Kuala Lumpur, Putrajaya, Bangi.

Cerita kawan saya membeli rumah ni lebih kurang sama dengan cerita saya membeli rumah saya sekarang ini. Pergi showhouse, dengar2 sikit penerangan terus bayar deposit. Yang bestnya, tidak seperti saya, kawan saya hanya mengeluarkan deposit (@ booking?) sebanyak rm500 sahaja dan selebihnya memohon dari Bahagian Pinjaman Perumahan.

rumah kawan saya (anak panah, berhadapan sekolah)

Sungguh tak sangka, tak sampai 1 tahun harga rumah beliau telah naik sampai RM390,000. Jadi orang kaya baru lah kawan saya itu.

Tapi isi yang paling penting saya nak mention dalam post ini ialah..............minggu depan dia nak support saya lunch.....alhamdulillah.hehehehehehehe

ps: tambah 1 lagi azam tahun 2011. Hartanah


08 December 2010

Penangguhan Urusniaga ASB & ASN



Salam...

Saya sebenarnya baru lepas berurusan dengan sebuah bank di Mahkamah Jalan Duta. Tiba-tiba terpandang notis di atas yang di letak di kaunter.

So kawan2, cepat-cepatla tambahkan simpanan ASB sebelum 20 Disember 2010.

06 December 2010

Harga Barang Naik, Masih Ada Yang Menyokong...

Salam semua,

Minggu lepas adalah minggu yang paling membuat saya bengang, hampa & marah. Apa tidaknya, selepas berjanji tidak akan ada kenaikan harga minyak RON 95 (selepas kenaikan RON 97), tiba-tiba hari jumaat diumumkan pula 'pelarasan' harga bagi 4 jenis barang di bawah.


Adakah kelayakan untuk menjadi pemimpin Malaysia sekarang ini mesti pandai bercakap bohong? Seperti biasa, ramailah pengampu cari makan memberikan pendapat untuk menjustifikasikan kenaikan harga barang tersebut.

Saya tidak kisah dengan pandangan mereka ini, kerana dah namanya pengampu, apa sahaja yang di buat oleh tuan mereka serta merta akan disokong & dipersetujui dengan alasan yang bodoh & dangkal.

Di kalangan kenalan saya ada juga yang menyokong 'pelarasan' ini. Mereka memberikan alasan yang sama bodoh dengan pak menteri. 'Pelarasan' tak membebankan rakyat & harga barang masih lagi murah di bandingkan dengan negara Thailand, Singapura & Indonesia.

Saya tidak tahu, macam mana 'pelarasan' ini tidak membebankan rakyat? Kenaikan 4 barang keperluan asas ini hampir pasti menyebabkan harga barang lain akan ikut sama naik. Para peniaga makanan, barangan runcit akan menaikkan harga dengan alasan minyak sudah naik harga. Yang terbeban adalah rakyat biasa....termasuk juga kawan-kawan saya yang membutakan mata, memekakkan telinga & bersetuju membabi buta dengan keputusan kerajaan.

Alasan untuk membandingkan harga dengan negara lain, saya jangka akan didendangkan setiap kali berlaku 'pelarasan' harga barang. Mungkin alasan ini akan digunapakai 100 tahun lagi (itu pun jika berjaya memperoleh kuasa semula pada PRU13 ).

Kenapa nak di bandingkan dengan harga barang di Singapura? Adakah anda semua tahu bahawa kakitangan kerajaan di Singapura mendapat 2.5 bulan bonus + 300 Singapore Dollar bagi tahun 2010. Dibandingkan dengan kakitangan kerajaan di Malaysia yang mendapat...er...er....lu pikirlah sendiri.


notakaki1 : Kakitangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendapatkan  saguhati RM800.00 lagi (tambahan RM500 dari yang diumum baru-baru ini) .Bermakna sudah RM1300.00 dianugerahkan pada tahun 2010.