06 December 2010

Harga Barang Naik, Masih Ada Yang Menyokong...

Salam semua,

Minggu lepas adalah minggu yang paling membuat saya bengang, hampa & marah. Apa tidaknya, selepas berjanji tidak akan ada kenaikan harga minyak RON 95 (selepas kenaikan RON 97), tiba-tiba hari jumaat diumumkan pula 'pelarasan' harga bagi 4 jenis barang di bawah.


Adakah kelayakan untuk menjadi pemimpin Malaysia sekarang ini mesti pandai bercakap bohong? Seperti biasa, ramailah pengampu cari makan memberikan pendapat untuk menjustifikasikan kenaikan harga barang tersebut.

Saya tidak kisah dengan pandangan mereka ini, kerana dah namanya pengampu, apa sahaja yang di buat oleh tuan mereka serta merta akan disokong & dipersetujui dengan alasan yang bodoh & dangkal.

Di kalangan kenalan saya ada juga yang menyokong 'pelarasan' ini. Mereka memberikan alasan yang sama bodoh dengan pak menteri. 'Pelarasan' tak membebankan rakyat & harga barang masih lagi murah di bandingkan dengan negara Thailand, Singapura & Indonesia.

Saya tidak tahu, macam mana 'pelarasan' ini tidak membebankan rakyat? Kenaikan 4 barang keperluan asas ini hampir pasti menyebabkan harga barang lain akan ikut sama naik. Para peniaga makanan, barangan runcit akan menaikkan harga dengan alasan minyak sudah naik harga. Yang terbeban adalah rakyat biasa....termasuk juga kawan-kawan saya yang membutakan mata, memekakkan telinga & bersetuju membabi buta dengan keputusan kerajaan.

Alasan untuk membandingkan harga dengan negara lain, saya jangka akan didendangkan setiap kali berlaku 'pelarasan' harga barang. Mungkin alasan ini akan digunapakai 100 tahun lagi (itu pun jika berjaya memperoleh kuasa semula pada PRU13 ).

Kenapa nak di bandingkan dengan harga barang di Singapura? Adakah anda semua tahu bahawa kakitangan kerajaan di Singapura mendapat 2.5 bulan bonus + 300 Singapore Dollar bagi tahun 2010. Dibandingkan dengan kakitangan kerajaan di Malaysia yang mendapat...er...er....lu pikirlah sendiri.


notakaki1 : Kakitangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendapatkan  saguhati RM800.00 lagi (tambahan RM500 dari yang diumum baru-baru ini) .Bermakna sudah RM1300.00 dianugerahkan pada tahun 2010.

0 org nak komen: