31 March 2010

Senangnya Membeli (& Minum) Arak Di Malaysia



Seksyen 2(1) Akta Kastam 1967, mentakrifkan “liquor” yang memabukkan (intoxicating liquor) termasuklah apa-apa alkohol atau apa-apa cecair yang mengandungi lebih dari 2% spirit pruf , yang sesuai, atau bermaksud untuk, atau yang boleh dengan apa-apa cara di ubah lagi bagi, digunakan sebagai minuman.


Seksyen 32 (1) Akta Eksais (Akta 176) memberi pengecualian kepada penjualan minuman beralkohol seperti bir (ale, stout, porter) atau todi atau arak natif (sabah) ianya kesemua jenis arak tapaian atau yang di hasilkan oleh proses pemeraman. Bermakna penjualan runcit kecil-kecilan tidak melebihi kuantiti yang ditetapkan boleh dijual di kedai-kedai tanpa perlesenan.

Dalam Seksyen 32 (3) memberi kuasa mutlak kepada Menteri (Kewangan) untuk membenarkan sesiapa sahaja menjual secara runcit apa-apa liquor yang memabukkan. Peraturan Eksais 7A untuk penjualan apa-apa liquor telah menghadkan jualan kepada seseorang berumur bawah 18 tahun.

Ok, cukup dengan undang-undang. Kalau undang-undang bersepah pun tapi penguatkuasaan tak berkesan, tak guna juga. Bagi aku kat Malaysia ni amat senang untuk membeli (& minum arak). Kalau tak percaya, cuba pegi beli sendiri. Arak bersepah2 dijual sama ada di Pasaraya Besar, Hypermarket, Kedai Serbaneka atau kedai-kedai runcit. Kalau rokok at least ada poster tak boleh dijual kepada bawah 18 tahun & bermacam-macam kempen di tv, radio, suratkhabar dsbnya, tapi arak?

Sebagai rakyat Malaysia yang kononnya negara Islam, kita patut malu kerana negara menduduki tangga ke-10 tertinggi/terbesar dalam pengambilan alkohol di dunia, di bandingkan dengan 26 juta orang penduduk.

Pengalaman aku bekerja di pasaraya besar. Arak ni mempunyai bau yang sangat-sangat busuk. Ada 1 hari, botol-botol arak pecah dalam stor, dia punya bau mengalahkan bau sampah + air kencing + air longkang. Dan baunya tersebar ke seluruh stor. Tapi ada juga manusia yang sanggup minum. Pelik kan? Tak pelik, kalau nafsu melebihi pertimbangan akal ( & agama) Ada seorang kawan aku & he's gay. Yup! He's gay. Dia minat kat sorang staff baru ni (of course le lelaki). Apa yang dia buat? Dia beli arak & umpan budak ni dengan arak. Bila dah mabuk2, senang la dia menjalankan 'projek' dengan budak ni. And he was proud of it. Damn! Boleh pulak dia cerita kat member2 (termasuk la aku apa yang terjadi). this was a true story, sadly..... 

PERSPEKTIF AGAMA

1. Agama Islam, surah Al Maidah ayat 90-91, Allah SWT berfirman: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semuanya kotor/keji dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebenciaan di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati allah dan daripada mengerjakan sembahyang. oleh itu mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara2 yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)

2. Rukun Agama Budha yang ke-8 menyatakan “ Budhists should abstain from liquor”.

3. Bible, The Book of Proverbs Bab 23:29-33  “ Do not look at wine when it is red, when it sparkles in the cup and goes down smoothly. At the last it bites like a serpent, and stings like an adder. Your eyes will see strange things. And your nind will utter perverse things”.

4. Seorang agamawan Hindu, Thiruvalluvar mengatakan “ Mereka yang minum arak tidak berbeza dengan mereka yang meminum racun, maka mereka tiada bezanya dengan orang yang sudah mati”

artikel asal dari Dr Siti Mariah Mahmud

gambar adalah hiasan semata-mata.





0 org nak komen: