19 May 2010

Tabah sehingga saat kematian...


Tahun 1985 gunung berapi Nevado del Ruiz' telah meletup dan memusnahkan sebuah kampung bernama Armero di Colombia. Omayra Sanchez (13 tahun) terperangkap selama 3 hari di dalam lumpur gunung berapi.

Usaha untuk menyelamatkan gadis ini sia-sia kerana penyelamat terpaksa memotong kakinya dan disebabkan ketiadaan pakar, maka usaha menyelamatkannya tidak dapat diteruskan.

Menurut kakitangan perubatan & wartawan yang merakamkan insiden ini, semangat Omayra tidak pernah luntur sehingga ke akhir hayatnya. Selama 3 hari terperangkap, beliau menceritakan keinginan untuk pergi ke sekolah, pelajarannya dan kawan-kawannya.
 
Di hari ketiga, beliau telah menghembuskan nafas terakhir di depan kakitangan perubatan & wartawan yang sama-sama cuba menyelamat & menceritakan kisah kanak-kanak malang ini.
 
Gambar ini diterbitkan 3 bulan selepas kematian gadis cilik ini........

Adakah kita akan menjadi setabah gadis ini apabila kita tahu kematian akan datang menjemput kita dalam beberapa detik?
sumber : http://obviousmag.org



0 org nak komen: