07 May 2010

Untungnya Kalau Minum Arak Di Pahang...


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.....heheheheheheheh

Adakah anda semua tahu, kalau kita minum arak di negeri Pahang, kita boleh dapat imbuhan? Hebat hebat.

Aku tau ngkorang masih ingat kes Kartika Sari (gambar atas) yang kena jatuh hukum sebat, then di ampunkan oleh orang itu. (Aku ni dah banyak dosa, boleh tak aku mintak orang itu ampunkan dosa aku?) Hukuman sebat tersebut digantikan dengan kerja amal.

Beliau yang baru sahaja menjalani hukuman membuat kerja amal  di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan selama tiga minggu dikatakan mendapat imbuhan daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Pendapat aku,

1. Aku tak pertikaikan hukuman tersebut. Kalau rasa kita ni Islam, buatlah hukuman cara Islam. Kalau nak ampunkan ke, itu pun bukan masalah aku.

2. Kartika tak bersalah kalau dia ambil duit tu. Kalau orang bagi kat kita duit, takkan kita cakap tak nak. Ye tak? Rezeki jangan ditolak.

3. Yang bingainya kenapa JAIP bagi imbuhan pulak? ( kalo betulla cerita ni ) Apa pandangan orang bukan islam? Minum arak, jatuh hukum, di ampunkan, buat kerja amal then dapat imbuhan.

4. Maybe lepas ni orang2 yang minum arak boleh datang minum kat Pahang, kena tangkap, buat keje amal. Pastu bolehla Jaip bagi imbuhan sket kan? kan?

5. Damn....duit imbuhan tu dari duit rakyat.

Berita ni aku dapat dari blog ini.

0 org nak komen: